بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمِيْنَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَىذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِك
اَللَّهُمَّ اغْـفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَـبَقُوْنَا بِاْلإِيْمَان وَلاَ تَـجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِـنَا غِلاًّ لِّـلَّذِيْنَ أَمَـنُوْا إِنَّكَ رَأُوْفٌ رَّحِيْم
Wahab bin Munabbih berkata: Saya telah menemukan dalam kitab Taurat empat baris berturut-turut;
- Siapa yang membaca kitab Allah lalu ia menyangka tidak akan di ampunkan,maka ia termasuk orang yang mengejek (meremehkan)ayat-ayat Allah.
- Siapa yang mengeluh kerana musibah yang menimpa padanya, maka mengeluhkan Tuhannya.
- Siapa yang sedih kerana apa yang terlepas atau tidak dicapainya maka ia bererti membenti putusan Tuhannya.
- Siapa yang tawadhuk (merendahkan diri) pada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua per tiga agama(keyakinannya).
Rujukan: Kitab Tanbih al-Ghafiliin Jilid 1,oleh Abu Laits AsSamarqandi,pg 358.
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

No comments:
Post a Comment