Musafir Dunia


"Ya Tuhanku,anugerahkanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmat-Mu yg telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yg Engkau redhai;dan masukkanlah aku dgn rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yg soleh"
[QS An-Naml,27:19]


Monday, September 26, 2011

Kanvas Dakwah

Bismillahirahmanirahim...alhamdulillah 3ala kulli ni3mah ya robb...
sedikit perkongsian di sini,membuka mata hati,menuju jalan hadaf sebenar...
bahtera bukanlah belayar di daratan tetapi berlayar di lautan yg penuh badai dan ombak yg ganas ;begitu juga seorg da'ei,yg ingin menuju hadaf kehidupan sebenar utk memburu mardhotillah;bukan melukis gambaran hanya di atas kertas tetapi perlu melukis di atas kanvas dakwah,medan perjuangan yg sebenarnya.


Ya Allah,dengan nikmat kasih sayang-Mu ukhuwwah ini bertaut.Muga kekal hingga ke jannah-Mu ya robb..


Kanvas Dakwah
Bismilllah..




Kanvas putih terhampar di depan, pelukis memegang piring yang dipenuhi dengan warna,
di depan nya adalah sebuah 'medan', yang bakal menyaksikan 'pertarungan' sengit.
Dia tidak reti berbicara,
Dia tidak reti bermanis kata,
Dia tidak reti juga mahu menafsirkan rasa dalam bentuk lain selain warna.
itulah dia.
kalau diberi pilihan, ingin dia merantau bermusafir dengan menaiki kereta api,
dari timur ke barat,
dari utara ke selatan,
mengambil foto sepanjang perjalanan,
polaroid.lomo.
dan ditemani buku-buku kesayangannya.


Pelik, mereka memandang.
tidak peduli,dia masih dalam dunia ciptaannya sendiri.
bahagia.tanpa ganggu sesiapa.


Realitinya,
dia kini berbeza.
dia masih pelukis yang sama,tetapi kanvas nya sekarang adalah 'medan dakwah',
warna warni palet adalah hikmah dan ayat-ayat cinta dariNya,
dia belajar untuk berkata-kata,
dia belajar untuk memegang pena,
menjadi 'pedang' yang mendedahkan kebenaran,
di sini,
dia berjuang,
kerana mahu kembali ke dalam pelukan Tuhan.


Semoga.
kanvas itu menjadi saksi.
sebuah travelog perjuangan.

No comments: